RSS Feed

Ramadhan Hendak Pergi

0

Friday 26 August 2011 by

Pagi semalam bergerak bersama rakan lama menuju ke USIM untuk mengambil adik nya. Dalam perjalan terasa sangat lapang. Highway ke Nilai yang dikatakan kadangkala banyak pemandu tidak berhemah sangat lenggang. Ya allah, ini lah yang dikatakan Jumaat, penghulu segala hari. Selepas sejam perjalanan menuju kesana, kami sampai di kolej kediaman pelajar USIM menggu adik si rakan. Tunggu punya tunggu, di kata dia dalam kelas. Ada kelas ganti katanya. Rasa agak berbulu jugak sampai nak berguling tengah jalan raya yang bertar. HAHA.


Singgah sebentar di nilai 3. Pusing sebentar di sebuah kedai serbaneka a.k.a DIY Store. Masuk sahaja dalam store tu, ternampak 1 game board Monopoly. Tetapi yang ini Collectable Nintendo Edition. Sangat rare. Harga dia sekitar RM20. Kalau dekat luar ni mahu cecah ratus-ratusan ringgit jugak. Tapi taik memang berbau, sebab aku terlupa singgah mesin ATM, keluarkan duit. 

*sebab celah mana pulak aku nak cari ATM dekat nilai tu. bukan tahu sangat.



Akhirnya adik si rakan call dan berkata " aku dah sampai kolej. cepat ambil." Bergegaslah kami kesana. Dalam perjalan pulang ke Meru, hujan rahmat Allah s.w.t melimpah ke bumi yang diciptai-Nya ini. Singgah sebentar di RNR Dengkil untuk melepaskan sisa sahur pagi itu sambil menunggu hujan berhenti. Selepas semua selesai, terus saja decide ke Masjid Negeri Shah Alam. Disini baru cerita yang sebenar bermula.

Sampai sahaja di perkarangan masjid, mencari parking, terus berlari kerana kutbah jumaat bakal habis. 
*padan muka kau. sapa suruh lambat.

Ambil wuduk seperti biasa, duduk di kaki lima masjid kerana sangat ramai manusia pada hari ini. Selepas sahaja selesai menunaikan kewajipan Nya, kami bergegas mahu pulang sebab hujan bakal menimpa lagi. Dalam perjalan menuju ke kereta, terdengar sayu-sayu suara imam membacakan doa sambil menangis. Alangkah ruginya tidak duduk berdoa dahulu bersama imam pada masa itu. Sayu sungguh suara beliau. Itu menandakan bahawa dia menangis terhadap satu bulan yang paling dirahmati Allah, iaitu Ramadhan. Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang paling mulai di dalam bulan-bulan islam. Ketika itu aku juga merasakan air mata sudah bertakung di kelopak mata ini. Sudah lama tidak menangis pada kebesaran-Nya. Sambil berjalan aku mengaminkan doa. Dan Azlan bertanya kepada aku dalam keadaan dan nada yang pelik, " ja, kenapa imam tu tiba-tiba menangis?" lalu aku berkata, " dia menangis sebab Ramadhan hendak pergi dan menangis terhadap dosa-dosanya kepada Yang Maha-Esa." 

Jadi, dalam kita merayakan hari kemenangan umat islam iaitu Aidulfitri, jangan kita lupa pada yang Maha Berkuasa. Dan kepada mereka yang pulang beraya, berhenti sekejap jika sudah masuknya waktu solat. Kelonggaran diberikan kepada mereka yang bermusafir. Jadi, fikir-fikirkanlah. :)







Sabtu : 7:08 am. 27 Ogos 2011.


Leave a Reply