RSS Feed

Archive for February 2012

Celaru dan Koyak

0

Wednesday 29 February 2012 by

Celaru,
fikiran aku celaru
pusing sana
sama saja.
pusing lagi
aku pening sendiri.
naik turun,
situ jugak aku berdiri.

Koyak,
suruh cucuk,
duit habis kopak.
suruh bayar itu,
sumpah aku koyak.
sekejap mahal,
sekejap murah.
lagi sekali aku koyak.


Sawang-Sawang

0

Sunday 26 February 2012 by

Isim

tujuh tahun ini
aku lebur
dalam falsafah
dan sampah
bergelumang
dalam politik
dan taik
resah, rusuh
dan pecah
kutuk, ketuk
dan busuk
rabak, terbarai
hapak, tersadai


*utopia trauma




Assalamualaikum. Bersawang sudah laman paparan ini. Dek kerana kemalasan hendak menjengah dan juga mengupdatekan isi dalam badan paparan ini. Entri pertama dalam bulan februari, dalam tahun dua ribu dua belas. Nukilan yang dikopek dari dalam buku "Utopia Trauma". Ya, ada yang pening membaca. Ada yang tergelak membaca. Sudah lama buku ini diterbitkan. Tapi baru dapat aku pinjam dari rakan. *HAHAHA.  Tetapi bukan itu isu dia. Isu nya pasal hari ini dan semalam. Sebelum itu, Al Fatihah ditujukan kepada Mohamed Halim Bin Hj Mokhtar yang telah pulan ke rahmatullah pada pukul 5 petang semalam. *bapa saudara aku.

Isu nya mengenai "HATI". Bukan nak tunjuk berlagak pandai sampai nak utarakan isu ini. Cuma berdasarkan pendapat sendiri dan orang lain. Maaf ya, bukan hati dalam badan yang aku maksudkan. Tetapi hati dan perasaan. Tak semua diantara kita, yang mampu memahami isi hati dan perasaan sendiri dan orang lain. Kadangkala ada yang berkata, "fahami hati dan perasaan sendiri baru coba fahami yang lain". Pendapat lain dari kekasih yang bergaduh, "lelaki ni kenalah faham perempuan bagaimana, kan lembut, hatinya senang diguris, kenalah jaga dengan benar". Itu perempuan. Lelaki pula " ah, perempuan nak difahami hatinya saja, hati kita siapa nak faham. balik-balik kita nak kena jaga hati dia. kalau salah sikit, semua lelaki yang salah". HAHAH, tergelak juga kadang-kadang. *aku juga pernah mengalaminya. Hati ini, kalau sentiasa di jaga dengan betul, bak kata pepatah melayu, "bagai menatang minyak yang penuh", selalu dipenuhi dengan zikir, dipenuhi dengan sebutan yang baik, alangkah bagusnya. Tetapi tidak semua mampu untuk berbuat sedemikian. Benar bukan? Bagus. Sebab aku pun belum menguasainya. *sebab hati kau kotor.

Itu antara salah satu isi pasal "HATI". Aku cuba tekankan ialah menjaga hati antara manusia. Aku sendiri lalai. Sebab apa aku lalai, sebab aku sendiri lost dalam menjaga hati seorang manusia yang aku sayangi. Pernah aku berbual, dia katakna dia sibuk dalam urusan belajar dia. Aku yakin dalam hati yang aku mesti sabar. Sebab dia sibuk belajar. Tapi akhirnya aku lalai dan aku gagal untuk bersabar. Nampak tak kelemahan hati kita sendiri? Cuba untuk menjaga hati orang lain, tapi kita gagal mengawal hati kita sendiri. *sebab aku sendiri bodoh dalam menjaga hati dia dan aku sendiri, sibuk pergi im, call banyak kali buat apa. dia tak angkat pasal dia sibuk bangang. 

Kesimpulannya, aku sendiri tak dapat nak describe apa yang aku jelaskan sebab aku dah lost dalam hati sendiri. Yang aku tahu sekarang, aku fahami menyakiti hati orang lain tak kisah lah dalam apa jua keadaan dan perlakuan pun, boleh menyebabkan kita dijauhi, tidak disenangi, di cemuh, di tikam dari belakang, mula kurang perasaan sayang dan macam lagi ikut frasa korang. Jadi,jagalah hati tidak kira sesiapa pun. Sekian.



*maaf kalau aku merapu tak tentu hala. tapi ada maksud untuk aku dan korang semua. dan illy, aku sayang kau. sumpah aku rindu kau. salam.