RSS Feed

Archive for July 2011

Cermin Mata Baharu.

0

Tuesday 26 July 2011 by

Hari-hari seperti biasa. Dengan tidur yang tidak normal, bangun waktu petang yang agak pening terus bersiap. Cermin mata baharu harus disiapkan segera. Dah rasa macam apa je pakai spek ada selotep. Bapak dan juga mak aku sibuk bergelak ketawa kerana spek yang jahanam ni.   *tu la kau. tidur lasak sangat. padan muka.

Tepat pukul 4 terus bergegas ke Padini Bukit Tinggi. Sebab dekat sana sahaja ada bingkai pesen aku. Tempat lain susah nak dapat. Nak tak nak terpaksa la. Ikut perancangan nak beli terus berambus. Lalu je depan panggung wayang, settle. Directly aku dengan ayan terus pergi kaunter ticket. Tanpa segan dan silunya kami bertanyakan harga ticket. Harry Potter menjadi pilihan. 6.45 start movie. Tonton punya tonton pukul 9 habis. Sejuk jangan kau cerita. Hampir beku aku dekat dalam. HAHA,


*jadi kalau kau rasa duduk dalam panggung wayang dekat 3jam tanpa memakai sweater, kau jangan nak salahkan aku. sumpah kau beku. Fikir baik-baik.


Baju Raya Hitam.

0

Monday 25 July 2011 by

Baru sebentar tadi sepupu aku, Farhan Azman bertanyakan mengenai baju raya aku warna apa.    *puasa dulu la ayan.

Aku cakap la entah sebab mak aku yang choose colour tema this year. Lalu dia berkata,


Ayan: Aja, tahun ni kita cari baju melayu hitam tak? Sebab kalau boleh aku nak semua matching. 
Aku: Kita semua matching? Sapa je?
Ayan: Superfriends semua la. Kalau kita ada job malam biar pakai colour hitam.Nampak la matching semua.
Aku: Tengoklah ayan. Aku kerja pun tak lagi. Job pun macam ada tak ada je.


*Sebenarnya kami dah menyimpang jauh dari subject yang sebenar. PUASA. HAHA. Aku sendiri pun tak pernah terfikir boleh tersasar jauh sampai raya. Entah puasa dapat settel ke tak itu aku tak tahu.


pee/ass: Jadi, moral dialog ini , kalau nak bercerita jangan borak pasal raya. Sebab kalau orang lain dengar tak pasal-pasal kena maki. Sekian.


Hari-Hari Biasa.

0

by

Apa hari-hari biasa kau? Hari-hari aku menjalani hidup yang sama. Tidur pukul 3-4pagi, bangun pukul 12 tengah hari. Kehidupan harian aku seperti inilah. Orang yang tiada wawasan. Kerja? langsung tak dicari.     *kau yang pemalas.


Baru semalam emak aku bertanya.

Emak: Kau dah cari kerja?
Aku: Belum mak. Kenapa?
Emak: Cepat la cari kerja. Puasa nak dekat. Takkan kau nak beraya dengan baju lama pulak.
Aku: Tengok la mak.  

*dalam hati sebenarnya rasa nak pergi cari kerja. Tapi
        sumpah aku pemalas.



Jadi bagaiman hari-hari anda? Menarik tak seperti aku? Jadi kalau kau rasa hari kau lagi bagus dari aku, ucaplah alhamdulillah. Tak susah pun. 


Bienvenue Visiteur!

0

Saturday 23 July 2011 by

Hello and Selamat Datang. *sumpah, aku rase macam nak pecah kepale bagi greetings macam ni.

Seriously aku sendiri tak pernah terfikir nak buat blog, nak create blog, nak menceceh dalam blog dan berbagai lagi. sumpah! tak percaya tanya kakak aku.
Sedangkan adik aku sendiri ada blog. Tu pun dia share dengan awek dia. *gelak kecil dalam perut.
1st dulu aku tengok orang berblogging ni macam pelik. Sampai one day aku tanye kakak aku, "kak siti, seronok ke main menatang jadah ni?" maka seraya dia pun berkata, "boleh tahan la. asal? kau nak try jugak?" berkata aku dengan megahnya, "enggak mahu la. bosan benda alah ni semua."


Then tahu-tahu aku dah terpacak depan laptop, sampai otak aku serabut nak buat macam mana. *lepas ni kau tengok page ni aku rase kau boleh pengsan.
HAHAH.


Itu sahaja yang aku nak carut. Rajin-rajin singgah lagi. Tinggal!