RSS Feed

Puasa.

2

Thursday 4 August 2011 by

“NAWAITU SHOUMA GHODIN ‘AN ADAA’I FARDHI SYAHRI RAMADHAANA HAZIHIS SANATI LILLAHI TA’ALA”.

Artinya: “ya Allah aku niat puasa esok hari untuk melaksanakan puasa wajib bulan ramadhan pada tahun ini, karena Allah ta’ala”.

Pada setiap tahun kita menyambut ramadhan, niat ini akan di ucapkan. Ada yang berniat selepas sahur setiap hari, ada yang berniat untuk setahun. Bila teringat masa kecil dahulu, susah sungguh nak berpuasa. Kalau tak puasa, habis la kene hambat dengan Pn. Hajah Monhanisah dan juga En. Haji Thaifor. Pernah masa aku berumur dalam lingkungan 10 tahun. Masa tu lagi 1 minggu nak beraya. Jadi mula lah kelam kabut seisi rumah menyiapkan persiapn raya. Masa tu aku dalam keadaan yang agak sangat lapar. Keluarga semua dekat depan. Jadi aku ke dapur untuk "memontengkan diri" dari puasa. Masuk sahaja dapur aku nampak 1 balang kuih tart. Kuih kegemaran pulak. Ambil 1 balang aku terus pegi belakang rumah. Bukak dan makan.  *masa tu nafsu dah menguasai diri. HAHAH. Tengah kusyuk makan, mak aku dari belakang jerit. Tersentak aku lalu terjatuh balang dan kuih dari tangan aku. Habis diseret aku dari belakang rumah dengan kata-kata yang agak marah. Masuk dalam rumah aku kene lagi dengan bapak dan juga kakak aku. Lepas je insiden tu aku sumpah tak ponteng puasa lagi. Tapi bila diingat balik kelakar jugak. HAHA.


Tapi sekarang makin pelik aku tengok. Lagi ramai orang ponteng puasa. Bila sudah besar fikir sendiri. Manusia belajar daripada kesilapan. Jangan jadikan penat berkerja ataupun belajar sebagai alasan untuk kita tidak berpuasa. 


P/S : Jangan jadikan post ini sebagai tempat nak lemparkan kemarahan anda dan juga cacian makian anda. Kita sama-sama saling mengingati. Peace yo!


2 comments

  1. kahkahkah :D gara2 kuih tart, kena marah !

    *tulah, skrg ni makin ramai pulak aku tgk org yg bangga sgt bile tak puasa ni smpai nk bgtau 1 dunia. haishhh

    ReplyDelete
  2. HAHA. tahu tak apa. Diorang boleh fikir sendri mia. Biarkanlah.

    ReplyDelete